Pertama kali saya dapat 'cover' majlis anggota Polis Malaysia. Teruja dan gelabah. Teruja pasal pertama kali nak buat. Gelabah pasal pertama kali buat jugak. Hehehe... Saya gelabah pasal takut hasilnya tak seperti yang saya harapkan...
Majlis akad nikah mereka dimulakan agak lewat dari jadual asal. Kelewatan bukan disebabkan dari IndahPandang sebaliknya berpunca dari Tok Kadi. Agak sibuk sikit katanya. Tapi semuanya dalam keadaan terkawal dan saya dapat menjalankan tugas dengan sempurna...
Anuar dan Shakirah akan terbang ke Sarawak pada 11 Disember 2008. Saya rasa mereka tak sempat dapat album ni. Saya hanya akan hantar ke butik pada 12 atau 13hb nanti. Minta maaf banyak-banyak...